Tuesday, February 24, 2009

RESEPI MASAKAN AKI ODU MOMOGUN KODORI




Post saya pada kali ini adalah berkaitan dengan resepi masakan kaum momogun sabah. dengan adanya site ini maka kita dapat menyimpan dan menyebarkan segala masakan nenek moyang kita pada masa lampau. Masakan dahulu kala tidak kurang sedapnya malah menyihatkan tubuh badan serta memanjangkan usia berbanding pada masa sekarang yang banyak perencahnya dan memudaratkan kesihatan kita. Bahan Masakan dan cara penyediaannya yang ringkas juga menjadi faktor tarikan kepada penggemar masakan masa kini. Ada juga pengusaha Hotel mahupun Restoran yang turut menyediakan masakan-masakan ini untuk menarik pelanggan yang meminati makanan tempatan khususnya disabah. Selain itu juga, dengan memperkenalkan makanan tempatan kepada negara luar khususnya Pelancong yang datang di negeri di Bawah Bayu akan menggalakkan institusi pelancongan dinegara ini. Untuk itu, marilah kita meneruskan peninggalan nenek moyang yang sangat berharga ini. Selamat Mencuba.

Sila Klik ke site resepi masakan momogun :

http://resepimomogun.blogspot.com/

Tuesday, January 13, 2009

KATA DAFTAR RUNGUS

Kata Daftar Rungus adalah kesinambungan daripada "Mempelajari Sesuatu Objek Atau Benda Hidup" (Klik sini). Kata Daftar Rungus ini juga diwujudkan bagi menyimpan himpunan segala kata yang berkaitan dengan kata nama, Kata Objek, himpunan herba, himpunan pakaian rungus dll. Ianya dibina bagi memudahkan pelajar merujuk berdasarkan jenis yang diperlukan begitu juga dalam membentuk sesuatu perkataan yang dihubungkan dengan sesuatu jenis dan jarang digunakan dalam percakapan seharian. 

Sila klik pada link ini untuk membuat rujukan :

http://kata-daftar-rungus.blogspot.com/

Tuesday, December 2, 2008

SENI TARIAN KAUM RUNGUS

Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong. Alatan muzik yang digunakan terdiri daripada 4 buah gong dan gendang yang dinamakan 'Tontog'.Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakan pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut. Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus. Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, upacara pemujaan semangat, majlis perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu yang istimewa. 

Kadang-kadang semasa tarian ini ditarikan, beberapa orang Rungus akan membawa beberapa gelas arak buatan sendiri seperti "kinomol" yang diperbuat dari beras dan "tinonggilan" yang diperbuat dari jagung untuk para tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.

Lihat Gambar-gambar yang berkaitan dengan tarian Mongigol om Sumundai :

http://lukisan-gambar-rungus.blogspot.com/2008/12/tarian-rungus-mongigol-om-sumundai.html

Thursday, November 27, 2008

SENI LUKISAN DAN GAMBAR TENTANG RUNGUS

Gambar-gambar dan lukisan berkaitan dengan kebudayaan, tradisi, kehidupan dan sebagainya untuk tetapan semua

http://lukisan-gambar-rungus.blogspot.com/


Love Rungus
Enuvung Manisa

BAHASA RUNGUS DAN PENGGUNAANNYA

Bahasa Rungus dan Penggunaannya adalah suatu pelajaran bagaiman untuk menggunakan bahasa rungus dalam percakapan sehari-hari. Melalui blog ini juga, kita akan mengenali beberapa perkataan yang tidak lagi digunakan oleh penutur bahasa rungus pada masa ini. Kajian bahasa dan penggunaannya juga telah direkodkan untuk menyimpan maklumat dalam bentuk sejarah. Dari situ kita dapat mengetahui segala usaha yang telah direncanakan untuk mengembangkan bahasa ini sehinggalah menjadi suatu bahasa yang standard untuk digunakan oleh generasi kita sama ada dari segi bahasa lisan mahupun dalam bentuk tulisan.

Sila masuk kelaman Bahasa Rungus dan Penggunaannya :

http://projekbahasarungus.blogspot.com/

Enuvung Manisa

Thursday, November 6, 2008

CERITA RAKYAT RUNGUS (TANGON DO RUNGUS)

PENGENALAN

Petikan dari sumber : http://moligun.wordpress.com/2008/09/23/tangon/

Momogun Rungus bukan sahaja kaya dengan kemahiran kraftangan malah jika dibuat kajian mungkin salah satu khazanah yang paling banyak dimiliki ialah Tangon ( cerita dongeng ). Kerisauan kita ialah masa depan khazanah berharga ini, jika usaha untuk mengekalkan dan mewariskan kepada generasi baru tidak diusahakan, ianya akan ditelan zaman. Umumnya tangon terbahagi kepada beberapa kategori seperti tangon jenaka, tangon pengembaraan,tangon percintaan dan tangon patriotik dan pelbagai lagi. 

PERANAN TANGON

Setiap kaum di dunia ini memerlukan cerita-cerita berbentuk lagenda untuk membina perwatakan bangsa tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Cerita lagenda seperti Hang Tuah mengangkat martabat kaum Melayu sebagai kaum yang bijak, setia dan bersifat pahlawan. Begitu juga dengan watak Robin Hood di kalangan bangsa British. Kesetiaan, nilai murni serta kebijaksanaannya meletakkan bangsa British sebagai bangsa yang dikagumi pelbagai lapisan masyarakat.
Di kalangan suku kaum rungus, terdapat juga watak-watak yang dengan sendirinya menggambarkan perwatakan dan ketrampilan kaum ini di zaman lampau. Watak seperti Usan-Usan, Anak-Anak dan tentunya banyak lagi banyak diceritakan dari generasi ke generasi. Pada hemat saya, segala tangon ini perlu dikekalkan dan diusahakan agar ianya tidak ditelan zaman kerana sebab-sebab berikut;

1. Menyatupadukan suku kaum rungus melalui unsur kesusasteraan.

Adalah diharapkan agar perkongsian cerita menerusi tangon-tangon lama akan membina kesatuan dan kesepaduan di kalangan generasi akan datang. Wujudnya perasaan ini apabila kita memiliki khazanah yang sama. Wujudnya kesepaduan ini atas kesedaran yang sama bahawa khazanah berharga ini perlu sama-sama dipertahan dan diperturun kepada generasi akan datang.

2. Membina jati diri dan semangat patriotisme

Kekuatan dan keperkasaan pahlawan terdahulu menjadi bukti kepada generasi akan datang bahawa kaum mereka juga memiliki kebolehan seperti kaum lain. Sifat-sifat istemewa, nilai-nilai murni serta segala elemen masyarakat bertamadun ada dalam diri setiap anggota masyarakat ini. Pendek kata, kita juga mampu bersaing secara sihat dengan sesiapapun di dunia ini. Dengan syarat bahawa usaha dan kerajinan sebagaimana generasi terdahulu diteruskan...

Terdapat 3 kategori Cerita Rakyat Kaum Rungus iaitu : 

1. Tuturan (Cerita Kisah Benar)
Tuturan merupakan satu kejadian yang benar-benar terjadi. Tuturan adalah satu himpunan hikayat sejarah yang terus di wariskan kepada setiap generasi keturunan mereka.. Contoh-contoh Tuturan adalah seperti Pintal Basi miniazou do Raja Kosila satu legenda pemisahan daratan pada zaman purba @ kodori (bahasa rungus). Himpunan Adat-adat dan Hukum-Hukum Momogun yg di warisi adalah 100% di warisi secara lisan. 
Setiap rumah panjang akan di himpunkan semua kanak2 dan anak muda di Tingkang Rumah Panjang dan datuk2 serta nenek2 akan menceritakan kepada anak-anak akan segala Tuturan ini sebagai sistem pendidikan di Kota Rumah Panjang Momogun. 

2. Usuran (Cerita Sejarah)
Usuran adalah satu kisah benar sejarah yang berbentuk asal-usul sesebuah tempat dan tidak ada tarikhnya kerana diwariskan secara lisan. apa yang pasti kejadian yang berlaku terus dipelihara dan diwariskan kepada anak-anak muda di Tingkang Rumah Panjang utk memberikan input kepada generasi penyambung mengenai asal-usul sesuatu tempat Momogun tersebut di namakan. sebagai contoh nama-nama tempat di seperti Nunuk Ragang, Marudu @ Mogkorudu, Bandau @ Mondou dan banyak lagi tempat dinamakan disebabkan satu kejadian yang mana Momogun berperang dan bertahan maka kejadian dari semua itu akan di ajarkan kepada anak-anak muda. Ini semua bukan tangon tetapi Usuran. 

3. Tangon (Cerita Dongeng)
Tangon adalah mudah di kenali cirri-cirinya dan kebiasaannya cerita ini berbentuk cerita hiburan, cerita lawak, cerita tentang haiwan dll. Cerita rakyat ini dikenali sebagai Tangon dalam permasyarakatan Momogun.

KANDUNGAN  TANGON YANG DIRANCANGKAN

1. I Linusuvon it pomogunan
2. Anak vagu dit dumagang do balang
3. Anak vagu tosiou 
4. Buangkut 
5. Bondiu om I Konduruhan 
6. Burul om i Gumantung 
7. Gulabatu
8. I Gungguripa 
9. I Kolobituko 
10. I Kukuoyo 
11. I Minirogop it gipa om it kokou
12. I Ondu tamanang 
13. I Pandangan 
14. I Pirizok om I Purakok 
15. I Sonit om I mondow 
16. I Sorinit 
17. Sunsulit om i kidod 
18. It Dangol om it talli 
19. It Hatus tanganak 
20. It Inuvung 
21. It Ombolog puhu 
22. Itut-itut 
23. Kalakau om tambang 
24. Kara om sonit 
25. Mirumpak I gobuk om I kolibambang 
26. Monudding I palanuk 
27. Nabatapa
28. Tambang, Kambing, om Mondow
29. Uruk uruk mogihim do lias
30. Usan-usan om i Sarip

Sila masuk ke Cerita Rakyat ini:

 http://tangonrungus.blogspot.com/

Love Rungus iti,

Enuvung Manisa

Thursday, October 16, 2008

KESUSATERAAN LISAN BANGSA RUNGUS

Puisi dan Sajak ini adalah salah satu Kesenian Kesusateraan yang dihasilkan untuk menyemarakkan semangat Bangsanya. Karya ini menceritakan tentang kehidupan pada masa sekarang dan masa lalu dalam pandangan Penulis. Kesusateran ini lebih kepada kehidupan Patriotik semangat KEKITAAN bagi Bangsa ini dalam membangun sesebuah bangsa yang dinamik dan berkualiti dimasa akan datang. Seni ini juga merupakan penyampai mesej kepada bangsanya dimana pengkarya melihat dari segala perspektif Sosial, Ekonomi, Pendidikan, Kebudayaan dan juga Keagamaan.

Puisi tersebut ditulis oleh beberapa pengkarya dan penulis dari golongan tua-tua dan belia yang sangat memahami kehidupan, kebudayaan, tradisi bangsa rungus dari dahulu sehinggalah sekarang. Penghayatan kesusateraan bangsa rungus dan cinta yang mendalam memberikan inspirasi kepada Pengkarya puisi tersebut. Begitu juga dengan pembacanya, segala yang yang diilhamkan itu membantu mereka mempelajari segala sejarah zaman silam, kehidupan dan perjuangan bangsa rungus untuk terus maju sehinggalah sekarang. Semoga dengan adanya Kesusasteraan Bangsa Rungus yang seperti ini membantu Generasi masa kini mengimbau kembali masa silam yang tidak pernah mereka alami dan hidupi..

Terdapat 5 Jenis Kesusateraan Bangsa Rungus antaranya :

1. Rina'it

- rina'it diti mad okon ko puisi atau syair tapi mantera. Iti rinait diti, baiko bobolizan ot kavasa momurinait (moguhok), inopun baiko hizaan dot varo gamaon ( ritual) yadko monimbang, mangatod, baraton, moginum ( okon mi'inum yadko it istilah dot dusun), momugas, mangaraha, mamasi, monorizuk, lumuvas, magahau ( varo papak taraat om papak tavasi) tumoron om varo pot amu andaman ku.

2. Bahul

- pantun ong sid malzazu, varo pembayang om maksud dau; Contoh :

Duvo tontolu pirit

Nisuvang sid pompo

Isai ma monoririt

Ong sondopo

ot poriling

Harati dau= Siapalah yang pandang orang yang hodoh.

3. Sundait

Teka teki.Sundait diti aso hoturan tatantu yadko pantun atau bahul tapi misti logik atau ingod ka ditokou.

Contoh:

Kisigal okon ko ulun

Kisisi okon ko sada

Harati dau = paranggi (nenas)

4. Sambatan ( peribahasa/pepatah/simbolik)

Contoh :

Osindak ogi ot tumonob ko sumilau

Harati dau; Osuhul ogi it momodlohing ko it ongo sukod vagu ( mungkin it sukod vagu dit aso tantu ot kobuatano )

5. Sulangu ( lzongoi iti). Iti sulangu ong otopot no nga mad kolu'u-lu'u e dot pantun tu varo gama popibvavit ( pembayang om maksud).

Contoh :

Hoodoi langu tagado ku e soronsob kohotung sid monguvou,Hoodoi langu nunu po ka sonsobonong nouvahan no laid...kadi angu dinayahan..

Maksudnya: untuk apa lagi menyimpan niat pada seorang gadis yang telah ternoda

http://rinaiit-bahul-rungus.blogspot.com/

Sumber Maklumat : Jahudi Masilun, Lahad Datu-Kg.Indarason Darat, Kudat.