Selasa, 10 April 2012

PAKAIAN RUNGUS DAN SENI MOTIF YANG DIGUNAKAN

Sudah 3 tahun saya tidak mengemaskini blog rungusmomogun ini disebabkan terlalu banyak kekangan hidup. Kesibukan saya ditempat kerja disiang hari manakala pada malam hari sibuk pula dengan study part time. Masa bersama family sangat terhad pada hari-hari biasa dan full time pada hujung minggu.. agak-agaklah setiap masa ada sahaja jadualnya.. itu sebabnya blog ini tidak diupdate dalam jangkamasa itu.. Mohon maaf atas permintaan dan mesej dari saudara-saudari yang tidak berbalas. Apakan daya, kemampuan saya amatlah terbatas..






Post saya pada kali ini adalah berkaitan dengan Pakaian Rungus dan Seni Motif yang digunakan oleh kaum rungus. Untuk pengetahuan bersama, keaslian pakaian rungus kekal terpelihara oleh kaum ini sejak berabad-abad lamanya. Motif-motif yang digunakan menjadi asas tenunan pakaian ini dihasilkan. Pakaian ini merangkumi pakaian untuk lelaki dan perempuan. Pada masa kini, biasanya pakaian ini dipakai pada masa-masa keramaian, perkhawinan dan menyambut ketibaan tetamu dalam suatu keraian khas. Motif yang digunakan bukan sahaja melalui pakaian tradisi tetapi juga melalui barang-barang kegunaan seharian. Kraftangan yang dihasilkan melambangkan identiti kaum rungus. Kain tenunan rungus berbeza dengan yang lainkan kerana motif reka corak yang digunakan.

SEJARAH TENUNAN RUNGUS
Tenunan Rungus dikenali sebagai magavol yang memaparkan ketinggian nilai tradisinya berdasarkan teknik pembuatan dan hiasan motif yang dihasilkan. Kain ini ditenun secara tradisional ini diusahakan oleh kaum Rungus yang mendiami daerah Kudat, Sabah. Tenunan Rungus menggunakan benang kapas. Proses menenun kain Rungus ini serupa dengan proses menenun kain tradisi di Sabah. Alat tenunan dipanggil kek sandang belakang (back strap loom) atau disebut ‘babaal’ dalam bahasa Rungus. Warna tradisi kain Rungus ialah hitam, merah, kuning dan putih. Warna kuning dan putih digunakan sebagai warna rekacorak dan jalur. Corak kain ini direka supaya jalur-jalur tersusun mengikut motif yang berlainan. Motif tenunan Rungus berunsurkan bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan.

Suku kaum Rungus terkenal dengan kebudayaan mereka yang asli dan tidak ditelan zaman. Pakaian tradisional mereka adalah hasil tenunan tangan mereka sendiri dengan menggunakan kapas yang lebih dikenali sebagai kapok oleh penduduk setempat.

Suku kaum Rungus memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu.


MOTIF DOMINAN DALAM PENGHASILAN KAIN TENUNAN RUNGUS

Kain tenunan Rungus adalah penghasilan yang memerlukan kepekaan terhadap alam semulajadi yang dijadikan sebagai panduan dalam mereka cipta motif dan hasil dari kepekaan itu maka lahirlah kain yang dipenuhi dengan berbagai jenis motif sebagai ragam hias pada hasil tenunan tersebut. Kain Tinongkupan yang dihasilkan untuk membuat baju tradisi lelaki memiliki motif yang memenuhi kain tersebut dan penghasilan kain yang amat unik. Motif yang terdapat pada kain tenunan Rungus adalah :
Benurunsi – bermotifkan siput dan kerang.
Binongkok – motif bersumberkan imej katak.
Binorokidung – motif tema jejak ular, istilah lain untuk motif ini Rinugading.
Binugang – motif menyerupai burung.
Binutuan – motif yang menyerupai jalinan kulit kayu.
Inansal – motif bersumberkan pagar.
Inompuling – motif bersumberkan serampang ikan.
Inugarang – motif menyerupai biawak atau cicak kecil.
Inumpizos – motif menyerupai ulat bulu.
Kinadamazam – motif buah kadamazam.
Kiambang Kiapu – motif bunga kayu.
Kinulit – motif bertemakan kulit pisang.
Lijawan – motif paku pakis.
Linimut – bertemakan imej kumbang.
Linopung – motif bersumberkan ular sawa.
Linopung do kisorod – motif seperti ular bersirip.
Livato – motif bersumberkan semangat atau hantu.
Miniyamban – motif bersumberkan bungkusan kuih.
Mitotorungak – motif bersumberkan kemasyarakatan iaitu kelompok.
Monsimuung – bersumberkan imej semangat atau binatang.
Pinodkimo – bermotifkan kulit tiram.
Sinikuvan – bermotifkan buku benang.
Sinopung – motif bentuk piramid.
Sinubung – motif ukiran kayu yang dicucuk dengan sesuatu benda ditengahnya.
Sinusuk rabung – motif pucuk rebung.
Tinikou Sada – motif ekor ikan.
Tiningulun – motif bersumberkan bentuk manusia.
Tinolutug – motif segi empat yang dikelilingi corak segi tiga.
Tinubou – motif bertemakan burung merak mengigal.
Tinukad – motif bersumberkan tangga.
Vinalahan – motif bunga rotan (vakau).
Vinusak – motif bunga-bunga hutan.
Vinusak Kapok – motif seperti bunga kapok.

Walau bagaimanapun, Motif ini dikategorikan mengikut 5 kategori antaranya :

1. Berbentuk Orang

2. Berbentuk Semangat atau Hantu
3. Berbentuk Binatang seperti Cicak/Biawak, Katak, Ular
4. Bersumberkan Geometri seperti piramid, tangga, pagar
5. Bersumberkan Tumbuhan seperti bunga, rotan, rabung

Bagi mengembangkan lagi topik ini, sila klik link ini :
http://runguskrafmotif.blogspot.com/




10 ulasan:

Unknown berkata...

hello..sy skrg sdg buat projek tahun akhir dan tajuk sy berkaitan dgn pakaian tradisional rungus...sid sombo ka pusat do mangagama iti baju di tokoi iti...

enuvung berkata...

sid tinangol..bavangazo

Nabahu2u berkata...

sepatutnya info ttg pakaian yang ori dan cara ianya dibuat ada di dalam blog ini. terutamanya cara membuat dawai yg mengelilingi bahagian kaki, tangan dan pinggang(apakah nama dawai tembaga tersebut)kalau boleh apakah cadangan nilai pakaian yg siap ini.

Vin Lee berkata...

helo.
sa tengah membuat research untuk pakaian tradisional rungus(lelaki).apa yang saya perlukan adalah senarai lengkap pakaian dan hiasan pakaian serta maksud setiap corak yg ada pada pada pakaian rungus.
di mana sa boleh dapatkan info ini melalui online?

Unknown berkata...

unik dan cantik

Unknown berkata...

unik dan cantik

Unknown berkata...

pakaian rungus unik dan cantik

Unknown berkata...

pakaian rungus unik dan cantik

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih untuk maklumat yang dkongsikan, membantu saya secara peribadi untuk menyiapkan tugasan saya berkaitan dengan pakaian tradisional kaum Rungus. Namun demikian saya ada pertanyaan sedikit mengenai pakaian tradisional kaum Rungus. Pertanyaan saya adalah apakah terdapat lagi beberapa jenis pakaian tradisional wanita kaum Rungus atau satu jenis sahaja?

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.